Aveneu Park, Starling, Australia

Pensejarahan malay Magic”[1]. Antara pegawai kolonial yang menyumbang

Pensejarahan Kolonial juga dikenali sebagai Eropah
Sentrik yang berasal daripada karya-karya penulisan yang ditulis oleh para
penulis Barat. Penulis Barat tersebut merujuk kepada pegawai berbangsa Eropah
dari kalangan negara yang pernah menjajah Tanah Melayu seperti Portugis,
Belanda dan British. Di pihak portugis misalnya, setelah menakluk Melaka pada
tahun 1511, terdapat beberapa pegawai Portugis di Melaka pada ketika itu yang
menulis mengenai Tanah Melayu seperti Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental. Selain itu, Muhammad
Yusoff Hashim (1986) turut memperincikan para pegawai Portugis yang membuat
catatan mengenai Melaka dan alam Melayu termasuklah Joao De Barros dalam
bukunya de Asia, Alfonso de
Alburquerque Jr, dalam bukunya The
Commentaries of The Great Alfonso Dalboquerque Second Viceroy of India. Selain
itu, tujuan penulis-penulis Barat ini ialah untuk membuat kajian terhadap
masyarakat setempat dan juga untuk tujuan ilmiah. Sebagai contoh untuk tujuan
ilmiah, adalah kajian dan penulisan yang dibuat oleh R.O Winstedt berkaitan
adat perbomohan di Tanah Melayu ketika itu 
untuk memenuhi tesisnya  : “Shaman Siava and Sufi : A Study of The
Evaluation of malay Magic”1.
Antara pegawai kolonial yang menyumbang kajian terhadap masyarakat tempatan
adalah seperti Stamford Raffles, mengkaji naskah undang-undang Melayu, R.O
Winstedt, mengkaji mengenal masyarakat Melayu berkenaan kegiatan ekonomi,
hikayat penglipur lara dan tatabahasa Melayu, R.J Wilkilson, mengkaji
masyarakat Sakai, masyarakat Perak dan Undang-undang 99 Perak dan J.M Gullick
yang menulis tentang masyarakat tempatan semasa era perjuangan kemerdekaan.

Antara ciri-ciri pensejarahan kolonial ini ialah

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

·        
Penulisan sejarahnya biasanya berkisar tentang kisah
perjalanan atau pengembaraan untuk menemukan daerah-daerah baru untuk dijadikan
jajahanya.

·        
Tulisan mereka lebih merupakan propaganda untuk
kepentingan kuasa barat dan sekaligus untuk mengurangkan semangat nasionalisma
di Tanah Melayu.

·        
Untuk menunjukkan bahawa mereka mewakili golongan bangsa
yang tinggi sosiobudaya atau tamadunya daripada bangsa yang mereka kuasai dan
untuk menampilkan imej sebagai bangsa penyelamat, berperikemanusian, berkuasa,
bersusila dan berwibawa.

·        
Untuk menonjolkan keunggulan bangsa dan budaya mereka
denagn memperbesarkan serta membenarkan peranan mereka dalam sejarah mereka
duduki atau jajahi.

·        
Memperkecilkan peristiwa, peranan dan tokoh-tokoh
tempatan dengan sindiran, cemuhan dan ukuran nilai barat.

Untuk menarik perhatian
rakyat tanah air mereka sama ada mendapatkan simpati, bantuan kerajaan dalam
pelbagai bentuk atau menarik pelaburan.

1 (Kamaruddin, 2007)

x

Hi!
I'm Mack!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out