Aveneu Park, Starling, Australia

1. keselamatan negara baik di perairan mahupun di

1. Pendahuluan     

 

            Saban hari, media massa malaysia
sering menyiarkan tentang beberapa peristiwa yang dihangatkan dengan isu yang
dapat mengancam keamanan dan kesejahteraan wilayah maritim negara kita. Isu-isu
ancaman di wilayah maritim telah menggugat keamanan negara. Ianya juga seolah
mahu menguji keupayaan pertahanan pasukan keselamatan negara baik di perairan
mahupun di daratan seperti mana
yang kita sedia maklum. Pencerobohan di Lahad Datu, kehadiran kapal perang
asing berhampiran kawasan perairan negara sedikit sebanyak pasti mengundang
pelbagai perasan dan persoalan tentang keselamatan negara kita begitu juga di
perairan Selat Melaka merupakan salah satu perairan territorial Malaysia. Isu-isu geostrategik dan geopolitik ini amat
mempengaruhi situasi keselamatan maritim. Oleh itu, beberapa langkah perlu
diambil untuk menanganinya keadaan ini agar kesan negatifnya dapat dielak.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

2. Tujuan

Kita juga perlu melihat ke hadapan, menjangkakan apa yang bakal
berlaku dan ini memerlukan kajian ilmiah dan ilmu pengetahuan dan pembacaan
mendalam. Segala tindakan dan hala tuju dasar kita perlulah selari dengan
jangkaan perubahan semasa dunia. Menerusi kelestarian Program Transformasi ’15 to 5′ armada TLDM untuk
lebih efektif demi cabaran dan ianya adalah tanggungjawab yang diamanahkan
kepada TLDM untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan maritim negara
disamping menyediakan serta dapat mengatur gerak dengan pantas armada TLDM bagi
memastikan keselamatan negara semasa aman dan memastikan kemenangan ketika
perang. Transformasi ini menyaksikan kewujudan lima
kelas kapal yang baru itu meliputi Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS), Kapal
Peronda Generasi Baharu (NGPV), Kapal Tugas Khas Pesisir Pantai (LMS), Kapal
Sokongan Pelbagai Peranan (MRSS) dan Kapal Selam. 

 

 

 

 

 

 

3. Perbincangan

Umum mengetahui Zon Maritim Asia Tenggara adalah
sebuah zon dimana kegiatan haram seperti penyeludupan manusia dan rompakan di
perairan maritim Malaysia baru-baru ini menunjukkan peningkatan yang
signifikan. Tidak dapat dimanipulasikan fakta bahawa globalisasi perekonomian
saat ini saling terkait, rumit dan sangat bergantung pada maritim perdagangan.           Sudah pastinya transformasi ini amat
penting bagi memastikan perkhidmatan awam ini kekal relevan merentasi zaman
serta kemampanan fiskal ekonomi dan kewangan. Selain itu, faktor-faktor dalaman
seperti persekitaran kerja, tadbir urus, jaringan komunikasi dan kepimpinan
menuntut agar perkhidmatan yang bakal diberikan ini terus ataupun mesti
diperkasakan bagi memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa memenuhi ekspektasi
rakyat. Transformasi perkhidmatan ini juga perlu responsif dan bertindak pantas
bagi melaksanakan pelbagai perubahan dalam menangani cabaran ini. Antara
langkah yang perlu diambil ialah pemantapan keupayaan The Navy People, penekanan kepada integriti serta pembudayaan
inovasi dan kreativiti. Agenda tranformasi perlu dilestarikan secara
keseluruhan supaya keperluan kehendak perkhidmatan dapat dipenuhi. Dengan
kepelbagaian inisiatif transformasi yang telah diperkenalkan ini bertujuan
untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam menyempurnakan setiap
kehendak perkhidmatan dengan mengurangkan kebergantungan terhadap agensi lain.
Ini akan menjadikan TLDM sentiasa bersiap sedia dan berkeupayaan untuk terus
melakukan pembaharuan dari kaedah kerja yang lebih fleksibel, berfokuskan
kepada keberhasilan (outcome) dan
bertindak sebagai pemudah cara (facilitator)
dengan lebih kreatif dan inovatif. Ini selaras dengan ekspektasi rakyat yang
tinggi terhadap TLDM agar mampu memberikan impak yang signifikan kepada rakyat.

 

Transformasi
ini juga sememangnya melebihkan kepada langkah-langkah penjimatan “cost savings”. Usaha itu menyaksikan
beberapa pelan penyusunan semula armada yang kini terdiri daripada 15 kelas
kapal kepada hanya 5 kelas kapal agar lebih efektif untuk disenggara. Penyusunan semula kapal-kapal yang sedia ada kepada kelas
yang lebih kecil membolehkan TLDM melakukan penjimatan untuk kos pengoperasian
dan kos efektif untuk dibaikpulih atau selenggara dalam mendukung segala dasar,
politik dan strategi pertahanan serta peperangan maritim.

TLDM yang dahulunya mempunyai 15 jenis kapal dari tujuh negara
dan purata usia kapal ini adalah 30 tahun. Apabila dikaji kos untuk mengurus
kesemua kapal ini didapati amat tinggi. Namun begitu satu
lagi pendekatan diluar jangkaan oleh Panglima Tentera Laut ini adalah seiring
dengan arus pemodenan dunia global berkenaan pertahanan maritim. Pembinaan 15
kelas kapal TLDM yang ada sekarang telah dilaksanakan di beberapa negara
berlainan, program transformasi ini bakal menyaksikan lima kelas kapal yang
bakal dimiliki TLDM berkemungkin­an dibina oleh syarikat tempatan. Transformasi
ini juga tidak menjejaskan tahap pengoperasian kapal di kawasan-kawasan operasi
di perairan negara.

 

Ini
akan mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar serta memungkinkan
pengurusan logistik yang lebih baik dan efisien, pada masa sama industri
pembinaan kapal tempatan dapat diper­tingkatkan. Transformasi ini akan
membolehkan TLDM memiliki armada kuat dan berkeupayaan dalam masa terdekat
serta lebih efektif dari segi kos penyelenggaraan untuk terus berdaya tahan. Manakala
perhubungan antara TLDM dengan masyarakat umum pula diperkukuhkan melalui Program
Strategi Lautan Biru kebangsaan yang sedang rancak dijalankan ketika ini.
Kerjasama inilah yang akan memastikan keselamat­an dan kedaulatan perairan
negara sentiasa terpelihara. Namun begitu untuk mencapai transformasi ini sudah
pastinya banyak aset-aset TLDM yang telah dilucut tauliah seperti KD HANG TUAH menjadi kapal pertama ditamatkan
perkhidmatan di bawah program ini. Kapal kelas laksmana yang terdiri daripada KD
LAKSMANA HANG NADIM, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN dan
KD LAKSAMANA TAN PUSMAH akan menyusul selepas itu. Perlucutan perkhidmatan Kelas
Laksamana akan dibuat satu demi satu seiring dengan kemasukkan satu persatu
kapal Kelas LMS. Begitu juga dengan nasib kapal Penyapu Ranjau (Mines
Counter-Measure Vessels) Kelas Mahamiru.

 

 

 

 

 

Giliran penamatan tauliah dibuat berdasarkan faktor
jumlah hari berada di laut dan kos penyelengaraan sesebuah kapal. Sebanyak 18
buah LMS akan menggantikan beberapa kelas kapal dalam TLDM. LMS ini bakal
melaksanakan tugasan rondaan, kawalan sempadan dan seumpamanya. Oleh kerana
memiliki bilangan kapal terbanyak, sudah pasti kos pembinaan, penyelenggaraan
dan operasi LMS akan dipastikan terendah. Hal ini kerana harga siling setiap LMS
ini ditetapkan pada RM 200 juta sahaja.  Penyusunan semula armada dengan mewujudkan hanya lima kelas kapal
supaya lebih kos efektif untuk diselenggara dan ditadbir urus. Menerusi Program
Transformasi 15 kepada 5 Armada TLDM turut memberi tumpuan dalam pembinaan
kapal buatan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap
kepakaran negara luar. Inisiatif baharu yang mentransformasikan pengurusan aset
itu mampu meningkatkan kesejahteraan warga TLDM dan memperkasakan tanggungjawab
sosial korporat kepada komuniti.

 

Mengambil contoh perbincangan salah satu daripada lima kelas
kapal iaitu meliputi kapal tempur pesisir pantai (LCS) berkeupayaannya berada
di perairan pesisir pantai dan laut terbuka untuk tempoh 21 hari tanpa
memerlukan ulang bekal, sekaligus dapat meningkatkan keupayaannya melakukan
operasi pengawasan dan menjaga keselamatan perairan negara ke tahap maksimum
dan mampan. Bersesuaian dengan spesifikasi, reka bentuk, sistem peperangan dan
daya tahan LCS, ia mampu diatur gerak dengan berkesan sama ada ketika waktu
aman atau perang. Kesesuaian dengan keupayaannya, kapal LCS ini juga mungkin
ditempatkan di sekitar perairan negara dan kawasan berkempentingan khususnya di
Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), di perairan Sabah Timur atau Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) bermakna kehadiran LCS mampu
menggerunkan musuh, sekali gus menyekat kegiatan jenayah di laut melalui
operasi pencegahan aktiviti penculikan dan rompakan yang masih berlaku,
terutama di sekitar perairan Sabah. Pembinaan kapal jenis LCS adalah satu
manifestasi kepada usaha kerajaan dan organisasi swasta berkerjasama dalam
membangunkan industri pembinaan maritim tempatan. Dengan terjadinya projek
transformasi ini juga dapat menjana peluang pekerjaan dalam industri pembinaan
kapal dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Contoh yang keduanya, berkenaan kapal Littoral Mission Ship (LMS) dalam Program Transformasi TLDM
15 to 5. Perolehan LMS ini merupakan sejarah penting buat negara memandangkan
ini merupakan kali pertama Malaysia membeli aset pertahanan dari China. Malaysia
memilih China disebabkan tawaran menarik dari aspek kos dan spesifikasi kapal,
kepakaran dan pengalaman China membangunkan LMS serta sistem yang memenuhi
keperluan TLDM. Perolehan LMS merupakan keperluan bagi menggantikan kapal-kapal
TLDM yang telah berusia dan memerlukan kos operasi dan selanggaraan yang
tinggi. Purata umur kapal-kapal TDLM kini melampaui tempoh 30 tahun. Ini
menyebabkan kos operasi TLDM meningkat setiap tahun serta menghadkan aspek
pelaksanaan operasi. Penggunaan LMS ini juga berupaya memenuhi keperluan semasa
TLDM berdasarkan konsep ‘Fit For Purpose’
memandangkan kapal-kapal ini direka khas untuk menjalankan misi-misi yang
mencabar serta memenuhi standard piawaian antarabangsa.

 

Perolehan LMS ini juga merupakan satu bentuk pemindahan
teknologi kerana pembinaan ini akan diusahakan diantara Boustead (Malaysia) dan
CSOC (agensi kerajaan China). Ia akan meningkatkan keupayaan firma tempatan
untuk bergerak menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing. 2 kapal pertama
daripada 4 buah LMS ini akan dibina di China. Syarikat Boustead yang
dipertanggungjawabkan untuk membina kapal ini bakal memperolehi kepakaran
dengan kos yang lebih rendah di China seterusnya digunakan dalam pembinaan 2
lagi kapal di Malaysia. Perkara ini secara langsung akan membuka lebih banyak
peluang pekerjaan dan mempertingkatkan kualiti kerja rakyat Malaysia. Pemantauan
pembinaan kapal tersebut akan dilaporkan kepada Menteri Pertahanan China dan Menteri
Pertahanan Malaysia di bawah jawatankuasa tertinggi pertahanan yang
dipengerusikan kedua-dua menteri. Dijangkakan kos pembelian LMS ini ditanggung
sepenuhnya oleh TLDM menerusi penjimatan peruntukan belanja mengurus melalui Program
Transformasi 15 – 5. Ianya tidak melibatkan peruntukan daripada bajet
pertahanan 2017. Ini merupakan pembelian ‘Off-Budget’ yang bermaksud perbelanjaan
bagi pembelian bekalan-bekalan tertentu dan perlu dibentangkan untuk kelulusan
parlimen sebagai satu akta bekalan bagi setiap tahun belanjawan1.

 

Jumlah
peruntukan wang yang telah ditetapkan di peringkat permulaan proses belanjawan
tahunan sebagai peruntukan bagi sesuatu agensi yang tidak boleh dilampaui di
dalam mengemukakan anggaran perbelanjaan bagi dasar-dasar yang sedia ada untuk
sesuatu tahun itu. Kapal lama yang tidak lagi kos
efektif untuk dioperasikan akan dilucutkan tauliah dan seterusnya dilupuskan
secara berperingkat berdasarkan polisi semasa kerajaan. Kerajaan mempunyai
pilihan samada kapal yang dilupuskan dijual melalui tender terbuka kepada pihak
atau negara yang dibenarkan/diserahkan sebagai sumbangan/dijual sebagai ‘scrap’ atau dijadikan sasaran penembakan
di laut.

 

4. Kesimpulan

Rumusan
yang dapat saya nyatakan di sini bahawa transformasi telah terkisar banyak spekulasi yang disebarkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab berhubung harga pembelian kapal-kapal tersebut diharap tidak
terpengaruh dengan dakwaan tersebut, harga siling telahpun ditetapkan pada RM250
juta satu kapal dan akan dibiayai melalui penjimatan TLDM. Transformasi 15 to 5
TLDM adalah konsolidasi daripada 15 kelas kapal yang sedia ada kepada 5 kelas
kapal di masa akan datang tanpa mengurangkan jumlah kesuluruhan kapal dan
kecekapan operasi serta keupayaan TLDM. Ini merupakan satu transformasi yang
kreatif, inovatif serta pemikiran luar kotak untuk meningkatkan keupayaan
pertahanan negara. Pemodenan dan penambahan aset tentera laut ini mampu
membuktikan TLDM setanding dengan tentera laut asing seiring dengan aspirasi ke
arah menjadikan angkatan laut berkelas dunia. Namun kewujudan teras diplomasi
pertahanan diantara antarabangsa juga perlu bagi menyelesaikan isu-isu hangat
malah ianya juga penting untuk memberi manfaat dalam mempertingkatkan lagi
pertumbuhan ekonomi agar lebih berdaya saing. Bukan sekadar itu sahaja platform
interaksi dalam bentuk eksesais, dialog, seminar dan persidangan harus
digunakan bagi meningkatkan pengetahuan, kepakaran serta tahap profesionalisme The Navy People.

 

 

 

 

Ini
merupakan satu projek transformasi yang bersifat unik dan tidak pernah sama
sekali terpikir oleh The Navy People.
Permodenan dan pembangunan ketenteraan negara, bukan hanya memberikan fokus
kepada aset-aset TLDM sahaja. Latihan ketenteraan turut tidak harus dilupakan
dan ianya amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan anggota menghadapi
sebarang ancaman dan juga peperangan. Oleh itu, pelbagai usaha harus dilakukan
agar anggota sentiasa bersiap sedia tidak kira masa dan tempat. Peranan dan tanggungjawab anggota TLDM dalam menjaga
perairan negara amat penting.

 

Masyarakat juga perlu membuka mata dan mengubah persepsi bahawa TLDM
tidak menjalankan tugas dan tidak membuat latihan. Ramai masyarakat tidak
mengetahui wujudnya pengorbanan oleh warga TLDM bukan sahaja untuk negara,
malah mereka juga terpaksa meninggalkan ahli keluarga demi menjaga perairan
negara daripada dicerobohi. Sudah semestinya terdapat
pelbagai cabaran yang perlu dihadapi ada yang boleh dijangka dan ada yang berlaku
diluar jangkauan dan kawalan. Diharap TLDM akan sentiasa peka dalam memastikan
bukan sahaja keperluan operasi, malah aspek kebajikan The Navy People  sentiasa
terjaga.

 

Sebagai manusia biasa, kita perlu bersedia menyediakan diri atau
generasi kita untuk kehidupan mendatang yang sentiasa dipenuhi cabaran dalam
memperoleh kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat dengan menjadikan sejarah
sebagai panduan kehidupan dalam kita mencipta kemajuan masa hadapan. Hakikatnya
kita mesti menerjang keluar daripada pemikiran dan cara kerja yang biasa. Pucuk
pangkalnya kejayaan menuntut kepada perubahan dan pembaharuan. Ianya tidak
boleh lagi berdikit-dikit tetapi menghambat lonjakan mega. Ternyata apa yang
dihadapakan kepada kita sangat jelas. Perubahan bukan lagi pilihan. Ia satu
imperatif berubah atau kita akan ketinggalan. Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif Transformasi telah
mendapat memanifestasikan keberhasilan nyata dengan peningkatan kesedaran The Navy People terhadap kepentingan
transformasi yang mampu memberikan impak positif bagi menjadikan armada tentera
laut yang bertaraf dunia dan sentiasa bersedia dalam aspek operasi, sumber
manusia  yang berkeupayaan dan pengurusan
proses kerja yang cemerlang kepada ATM amnya dan TLDM khasnya. TLDM siap siaga
perairan terpelihara.

 

Rujukan

 

1.
Rujukan dari institut perakaun negara. Contoh Emolumen, Perkhidmatan &

    Bekalan, Aset, Pemberian & Kenaan Tetap
dan Bayaran-bayaran lain.

 

2.
Majalah SAMUDERA Bil.1/2017 ISSN 0127-6700.

 

3.
Http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tldm-perkenal-program
untuk lebih

    efektif.

 

4.
Https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah.

 

x

Hi!
I'm Mack!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out